Blue Mosque Istanbul: Pesona Jubin Biru & Karpet Saf Merah
Sejarah & Pembinaan
Dibina antara tahun 1609 dan 1616 semasa pemerintahan Sultan Ahmed I. Ia dibina bertujuan untuk menandingi kemegahan Hagia Sophia yang terletak bertentangan dengannya. [Rujukan: SultanahmetCamii.org]
Seni Bina & Reka Bentuk
Dikenali sebagai “Blue Mosque” kerana lebih 20,000 keping jubin Iznik biru yang menghiasi dinding dalamnya. Ia merupakan satu-satunya masjid di Istanbul yang dibina dengan enam menara pada asalnya.
Photo Credit: themarmarahotels
Karpet & Ruang Solat
Masjid ini sentiasa dikemaskini dengan karpet masjid merah premium yang baru bagi menampung jutaan pelancong dan jemaah. Karpet bulu asli (wool) digunakan untuk memastikan ia tahan lasak tetapi tetap lembut, memberikan keselesaan semasa solat di bawah 260 tingkap kaca berwarna.
Faktor Unik
Mempunyai 6 menara (luar biasa untuk zaman pembinaannya).
Hiasan jubin Iznik yang tiada galang ganti nilainya.
Kagum dengan keindahan Masjid Biru Istanbul? Baca juga berkenaan masjid Süleymaniye yang walaupun lebih kecil tetapi ia dianggap lebih anggun dan mengagumkan.



